Products for Alternative Therapics

통풍을 극복하는 대체의학 제품

enzomilkthistle60.gif

INNO HEALTH

Milk Thistle Liver Complete

​약복용으로 지친 간을 해독하는 밀크 디슬 제제

천연 간기능 개선제 60정 야채캡슐

  • 간을 위한 강력한 항산화제 실리마린 다량함유

  • 간세포 보호와 간 재생을 위한 천연허브 

  • 간 보호와 간 기능증진을 위한 민들레 뿌리 강화

  • 뉴질랜드 소나무 추출 강력한 항산화제 엔조제놀

  • ​간 해독에 기여하는 아미노산 타우린 첨가

Milk Thistle

​밀크디슬

약물 복용으로 인한 간손상을 막고 간세포 재생을 위한 간을 위한 강력한 항산화제 공급

Dandelion Root

민들레

간을 보호하고 신장을 통해 독소 배출을 돕는 천연허브로 밀크디슬과 함께 복용할 경우 시너지 효과

​타우린

L-Taurine

간 해독을 도와주는 천연 아미노산

엔조제놀

Enzogenol

뉴질랜드 소나무껍질에서 추출한 최강의 항산화제로 통풍에 대해 강력한항염, 항산화 작용

성분

|   Ingredients

간헐기 통풍

간 해독을 돕고 요산 배출을 늘려 발작이 일어나지 않도록 도움

만성 결절성 통풍

약물 복용으로 인한 간 손상을 방지하고 간 해독과 요산 채출이 원활하도록 도와서 증상 개선에 기여

복용 대상자

|   Target Users

복용 방법

|   Dosage

  • 모든 통풍 환자
    아침식후에
    하루 1정 복용

복용시 주의사항

|   Cautions

  • 임산부나 수유부는 복용하지 않습니다.

함량

|   Ingredients

  • 밀크디슬(Milk Thistle) 건초 65,000mg에 해당되는 추출물

  • 민들레 뿌리 (Dandelion Root)   추출물 150mg

  • 엔조제놀(Enzogenol) 10mg

  • 타우린(L-Taurine) 10mg

천연 간기능 개선제에 대해 자주 묻는 질의 응답

|   Q&A

1. Apakah Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR)?


Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) merupakan sebuah inisiatif yang menawarkan pembiayaan antara RM50,000 hingga RM100,000 khusus untuk membantu individu/entiti Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan setelah kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.




2. Berapakah kadar keuntungan SPUR?


Kadar keuntungan yang dikenakan ialah 3.5% setahun berdasarkan pengiraan asas bulanan.




3. Bagaimanakah cara pembayaran pembiayaan?


Pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan dalam talian atau JomPAY.




4. Berapa lamakah tempoh pembayaran balik pembiayaan SPUR?


Tempoh pembayaran balik pembiayaan SPUR adalah sehingga 66 bulan atau 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium.




5.  Bolehkah SPUR yang diluluskan digunakan untuk membuat pembayaran pembiayaan sedia ada dengan mana-mana institusi kewangan lain?


Tidak boleh. Pembiayaan SPUR tidak boleh digunakan untuk membuat pembayaran pembiayaan bagi mana-mana kredit/ pinjaman/ pembiayaan sedia ada dengan institusi kewangan lain.




6.  Apakah syarat-syarat yang diperlukan bagi permohonan SPUR?


Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

Usahawan
  1. Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19
  2. Berumur antara 18 hingga 55 tahun ketika memohon

Perniagaan
  1. Idea perniagaan serta perancangan yang berinovasi untuk memulakan perniagaan atau perniagaan yang telah beroperasi (pendaftaran selepas Mac 2020)
  2. Menjalankan perniagaan sepenuh masa sekiranya lulus pembiayaan
  3. Dimiliki atau diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera
  4. Entiti milikan tunggal/perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/Sendirian Berhad
  5. Perniagaan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan
  6. Perniagaan dalam bidang peruncitan/pemborongan/pembuatan & kejuruteraan
  7. Perniagaan patuh Syariah




7. Apakah senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan SPUR?


Senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan ini adalah seperti berikut:

Perniagaan Yang Telah Beroperasi:
  1. Surat/bukti pemberhentian kerja
  2. Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan)
  3. Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  4. Gambar berukuran pasport (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  5. Penyata akaun bank bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini (penyata akaun bank individu/akaun gaji ketika membuat permohonan)
  6. Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  7. Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan.
  8. Lesen perniagaan dari majlis/lesen khas/perjanjian sewa premis perniagaan dan lesen lain yang berkaitan.
  9. Pendaftaran syarikat:

i. Pendaftaran Enterpris – Borang D (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP)

ii. Sendirian Berhad – Borang 9,24,44,49,32A,M&A atau seksyen 17,78,46(3),58 (Sdn Bhd), 105, perlembagaan atau yang setara

Baru memulakan perniagaan dengan konsep/idea yang menarik.
  1. Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  2. Surat / bukti pemberhentian kerja
  3. Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  4. Penyata akaun individu / akaun gaji bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini

Video syarikat dan perniagaan : (Sila muat naik pautan)

Spesifikasi video adalah seperti berikut:

  1. Video dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  2. Sumber pautan dari YouTube
  3. Durasi maksimum video selama 3 minit
  4. Pengenalan latar belakang perniagaan dan syarikat
  5. Penerangan tentang produk atau perkhidmatan ditawarkan
  6. Keistimewaan produk atau perkhidmatan
  7. Video haruslah kreatif dan menarik




8. Bagaimanakah saya ingin memohon pembiayaan SPUR?


Anda boleh membuat permohonan pembiayaan secara atas talian di portal rasmi PUNB di pautan www.punbbiz.com.my. Sila isi setiap maklumat dan muat naik dokumen yang lengkap untuk penghantaran permohonan.




9. Adakah saya perlu membayar sebarang yuran?


Ya. Anda perlu membayar yuran pentadbiran sebanyak RM300 dan 1 bulan deposit sekuriti jika permohonan diluluskan dan diterima oleh pemohon. Yuran dan deposit sekuriti ini akan ditolak daripada pembiayaan.




10. Bagaimanakah PUNB menyalurkan dana kepada pemohon yang berjaya?


Penyaluran dana adalah seperti berikut:

  • Pembiayaan akan disalurkan terus ke dalam akaun pembekal atau pihak berkaitan yang diluluskan bagi pembelian aset tunggal yang melebihi atau sama nilai dengan 10% daripada jumlah pembiayaan.
  • Lain-lain tujuan pembiayaan atau pembelian asset dibawah 10% daripada jumlah pembiayaan akan disalurkan terus ke dalam akaun syarikat.




11. Bolehkah pemilik perniagaan memohon moratorium lebih daripada 6 bulan?


Tidak. Tempoh moratorium secara automatik adalah selama 6 bulan sahaja.




12. Bolehkah saya memohon pembiayaan tambahan SPUR sekiranya memerlukan?


Tiada pembiayaan tambahan dibenarkan. Kelulusan hanya diberikan sekali sahaja kepada setiap individu.




13. Apakah cagaran yang diperlukan bagi SPUR?


Tiada sebarang cagaran diperlukan.




14. Saya ingin membuat penyelesaian awal pembiayaan. Adakah saya dibenarkan berbuat demikian?


Ya. Anda boleh membuat penyelesaian awal pembiayaan.




15. Adakah saya akan dikenakan sebarang caj untuk membuat penyelesaian awal pembiayaan?


Tiada sebarang caj dikenakan untuk penyelesaian awal pembiayaan.




16. Saya dimaklumkan bahawa permohonan SPUR telah diluluskan. Apakah proses seterusnya?


Sekiranya permohonan lulus, pegawai PUNB akan menghubungi anda bagi proses seterusnya. Sila rujuk carta proses permohonan pada bahagian maklumat SPUR di portal PUNB www.punb.com.my




17. Bolehkah saya memohon pembiayaan melalui orang ketiga atau ejen?


Tidak boleh. Sebarang permohonan yang bukan daripada pemilik/ pengarah/ pemegang saham syarikat yang sah tidak akan diproses.




18. Adakah saya perlukan penjamin daripada pihak ketiga untuk memohon SPUR?


Tidak. Hanya pemohon/pengarah/pemegang saham syarikat yang akan menjadi penjamin bagi pembiayaan.




19. Apakah dokumen tambahan yang diperlukan bagi permohonan yang berjaya kelak?


1. Sijil perniagaan SSM / Siji profesional

2. Invois

3. Penyata akaun bank

4. Surat kebenaran akad

5. Surat aku janji

6. Notis pengeluaran

7. Resolusi lembaga pengarah(Sendirian Berhad) – penerimaan kemudahan pembiayaan

8. Surat persetujuan penerimaan pembiayaan (LLP)

9. Data perlindungan peribadi (PDP2)




20. Bilakah keputusan dana SPUR akan dimaklumkan kepada pemohon yang lulus?


Keputusan dana SPUR akan dimaklumkan kepada pemohon yang lulus dalam jangkamasa 20 hari waktu bekerja iaitu selepas selesai sessi pembentangan perniagaan (pitching) dijalankan.